PERLEMBAGAAN

MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)
JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH

1. NAMA DAN ALAMAT

1.1 Majlis ini dikenali sebagai Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Jabatan Bendahari Negeri Sabah.
1.2 Alamat : Jabatan Bendahari Negeri Sabah,

Wisma Kewangan,
Jalan Tunku Abdul Rahman,
Beg Berkunci No. 2058,
88595 KOTA KINABALU.

1.3 Perhubungan :

Telefon : 088257111
Faks : 088212655
E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

2. TAFSIRAN

2.1 "Pekerja" - Anggota Perkhidmatan Jabatan Bendahari Negeri Sabah kecuali Majikan
2.2 "Majikan" - Ahli Pengurusan Jabatan Bendahari Negeri Sabah (Bendahari Negeri dan semua Penolong Bendahari Negeri).
2.3 "Pegawai Majlis" - Ahli Majlis Bersama Jabatan, Jabatan Bendahari Negeri Sabah.
2.4 Sekiranya sesuatu keraguan yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini, perkara tersebut hendaklah dirujuk kepada Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan. Keputusan Majlis adalah muktamad.

3. OBJEKTIF

3.1 Kerjasama Antara Pekerja/Majikan Untuk memperolehi seluas-luas kerjasama antara pihak Majikan dengan Pekerja dalam aspek-aspek atau perkara-perkara berikut:-
3.1.1. Kelicinan kerja.
3.1.2. Kebajikan pekerja.
3.1.3. Prasarana persekitaran tempat bekerja
3.1.4. Mewujudkan jentera bagi mengurus soal-soal mengenai syarat-syarat bekerja.
3.2 Mengumpul pelbagai buah fikiran daripada pekerja.
3.3 Sebagai saluran komunikasi pekerja dengan majikan untuk mengisi kekosongan tersebut.setiausaha dan diikuti sepuluh (10) ahli biasa, kesemuanya limabelas (15) orang akan diundi secara berasingan.

7.4.2 Pemilihan pihak pekerja sebagai Pegawai Majlis yang baru hendaklah dibuat tidak lewat dari 31 Disember di Ibu Pejabat, Jabatan Bendahari Negeri, Kota Kinabalu.

7.5 Tempoh

Ahli-ahli yang terpilih akan memegang jawatan selama dua (2)tahun atau sehingga pada tarikh yang diperuntukkan dalam perenggan 7.1.2.