PENJELASAN MENGENAI ISU DASAR YANG BOLEH DIBINCANGKAN DALAM MESYUARAT MBJ

(Disediakan oleh Bahagian Gaji & Elaun Jabatan Perkhidmatan Awam Untuk Mesyuarat Pemantauan MBJ Peringkat Persekutuan Bil. 2/2007 pada 29 Mei 2007)

Tujuan

Memaklumkan dan memberi penjelasan mengenai perkara dasar yang

boleh dibincangkan di dalam Mesyuarat MBJ

Latar Belakang

Arahan menubuhkan MBJ dikeluarkan melalui PP 2/1992 dan SPP 3/2002

Tujuan MBJ:

(i) Hasrat untuk menjalinkan hubungan baik di antara majikan dengan pekerja;

(ii) Merupakan satu mekanisma penyelesaian masalah di antara Pihak Majikan dengan Pihak Pekerja;

(iii) Forum dua hala. Pihak Pekerja diberikan peluang berkomunikasi (mengeluarkan pendapat); dan

(iv) Forum untuk memperbaiki sistem kerja bagi tujuan penambaikan.

Bidang dan Fungsi MBJ:

Membincangkan syarat bekerja yang ada hubung kait dengan pentadbiran kecuali perkara yang menyentuh dasar kerajaan atau hal- hal perseorangan.

ISU BERKAITAN DASAR

Senarai Beberapa Contoh Dasar dan Penjelasan adalah:

1. Peruntukan Bekalan Pakaian Seragam

2. Elaun Perumahan Wilayah

3. Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat

4. Kelayakan dan Kadar Bayaran Wad

5. Elaun Tanggungan Kerja

6. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal

7. Pemanjangan Bantuan Sara Hidup

8. Perubahan sesuatu Skim Perkhidmatan

9. Khas Untuk Penyandang (KUP)

PERUNTUKAN BEKALAN PAKAIAN SERAGAM

Peruntukan di bawah PP 7/1990 dan SPP 5/1995

Kakirangan Kumpulan Perburuhan yang bekerja diluar pejabat / di dalam bengkel layak menerima 3 pasang pakaian dan 2 pasang kasut setahun

Isu Boleh Dibincangkan

* Kualiti pakaian yang dibekalkan.

* Kelewatan pembekalan pakaian.

* Warna pakaian tidak sesuai.

Isu Tidak Boleh Dibincangkan

* Mohon agar dibekalkan melebihi bil. ditetapkan.

* Mohon pembekalan pakaian diluar spesifikasi ditetapkan.