ISU-ISU YANG DIKEMUKAKAN OLEH MBJ PIHAK PEKERJA KEPADA PIHAK PENGURUSAN DAN HASIL DARIPADA PERBINCANGAN ISU-ISU TERSEBUT DENGAN MBJ PIHAK PENGURUSAN

13 NOVEMBER, 2015

BIL ISU Makluman
1

1.1




1.2




1.3



1.4


1.5





1.6




Jumlah Hari Menghadiri Kursus/Latihan/Seminar

Keperluan untuk menghadiri kursus/seminar/latihan yang tidak mencapai 7 hari. Sebab-sebab kegagalan untuk mencapai jumlah hari yang sepatutnya adalah kerana mereka tidak dibenarkan/tidak dipilih/tidak ditawarkan untuk menghadiri kursus/latihan/seminar yang mereka pohon. Antara lain sebab permohonan ditolak ialah kursus tidak sesuai.

Penolong Bendahari Negeri (PPK) menerangkan bahawa pihaknya tidak mampu untuk menghantar semua kakitangan sekaligus untuk menghadiri kursus. Walau bagaimanapun, pihak beliau telah mengemukakan memo mengenai dengan kursus yang akan diadakan untuk disampaikan kepada kakitangan di bahagian masing-masing bagi membolehkan mereka untuk membuat permohonan.

Kursus-kursus yang hendak dihadiri oleh kakitangan boleh dipohon secara online atau dengan menggunakan borang. Manakala, kebenaran untuk mengikuti kursus adalah tertakluk kepada kelulusan daripada Ketua Bahagian masing-masing.

Penolong Bendahari Negeri (PPK) juga merayu agar kakitangan JBNS akan mengemukakan sijil/surat tawaran yang dihadiri kepada Bahagian PPK untuk tujuan rekod.

Mengenai dengan status permohonan kursus-kursus di INSAN, adalah menjadi tanggungjawab kakitangan yang memohon untuk membuat semakan ataupun folow up dengan pihak INSAN mengenai status permohonan mereka yang telah dipohon kerana Bahagian PPK tidak akan diberitahu mengenai samada pemohon berjaya atau tidak untuk dipilih oleh INSAN mengikuti kursus yang dipohon. Ini adalah kerana surat tawaran atau surat penolakan tawaran akan dialamatkan terus kepada pemohon dan bukan kepada Bahagian PPK.

Penolong Bendahari Negeri (PPK) juga menerangkan bahawa analisis kelompok akan dijalankan untuk memastikan 80% kehadiran kursus itu bukan dipohon oleh orang yang sama. Pihak beliau akan memastikan bahawa 20% itu adalah penglibatan daripada kakitangan yang tidak pernah memohon untuk menghadiri kursus dan akan memastikan supaya mereka akan mencapai 7 hari berkursus seperti yang dikehendaki.


PBN/PPK




Makluman




Semua PBN



Kakitangan JBNS


Makluman






PBN/PP




2

2.1.1


2.1.2



3

3.1.1



3.1.2













Kursus Yang Dipohon Melalui SKT Tidak Diambil Perhatian

Kakitangan berkenaan telah mengemukakan rasa kesal kerana kursus/latihan yang mereka nyatakan dalam borang SKT tidak pernah diambil perhatian oleh pihak latihan.

Penolong Bendahari Negeri (PPK) menjelaskan bahawa Penilai Pertama dan Kedua hendaklah memaklumkan kepada Bahagian PTP mengenai kursus-kursus yang diperlukan oleh kakitangan di bawah kelolaan masing-masing yang dinyatakan oleh mereka dalam SKT.

Kursus Motivasi

Kakitangan JBNS mencadangkan supaya kursus-kursus motivasi seperti yang telah diadakan baru-baru ini akan diperbanyakkan sebagai usaha untuk tambah nilai kakitangan di Jabatan ini. (Penceramah dari JPAN khas ditugaskan untuk motivasi)

Penolong Bendahari Negeri (PPK) memaklumkan bahawa kursus motivasi akan sentiasa diadakan bagi memenuhi keperluan kakitangan JBNS.

Pusat Jagaan/Nursery

Sebagai langkah perihatin Jabatan kepada kakitangan JBNS yang telah berkeluarga adalah dicadangkan supaya Jabatan ini akan membina satu pusat penjagaan kanak-kanak (nursery) di bangunan yang baru kelak. Ini adalah satu langkah penjimatan masa bagi ibubapa yang mempunyai anak kecil supaya tidak perlu lagi bergegas hari-hari untuk menghantar anak kecil mereka ke pusat-pusat jagaan yang terdapat di Kota Kinabalu.

Pengerusi menjelaskan bahawa Yayasan Sabah ada menyediakan pusat jagaan dan dicadangkan supaya kakitangan yang memerlukan perkhidmatan berkenaan boleh menghantar anak-anak kecil mereka ke situ.




Makluman


Semua PBN





Makluman







Makluman




Makluman

5

5.1.1



5.1.2



6

6.1.1




6.1.2





7

7.1.1


7.1.2
Pengambilan Kakitangan Baru Kebanyakannya Terdiri Daripada Kaum Wanita

Ada di antara pekerja di Jabatan ini yang telah mengemukakan ketidakpuasan hati apabila melihat kebanyakan pekerja baru yang dilantik adalah terdiri daipada kaum wanita. Mereka mohon penjelasan daripada pihak pengurusan mengenai dengan perkara tersebut.

Pengerusi memperjelaskan bahawa isu berkenaan adalah terlalu subjektif dan lantikan pengambilan pekerja baru adalah di bawah bidang kuasa PAC. Pihak JBNS pernah mengemukakan pertanyaan yang sama kepada pihak PAC tetapi setakat ini tidak ada penjelasan yang diperolehi.

Pengemaskinian SM2 dan Buku Perkhidmatan

Kakitangan Bendahari Daerah mengemukakan rasa ketidakpuasan hati apabila permohonan mereka untuk datang ke Ibu Pejabat bagi mengemaskini SM2 dan Buku Perkhidmatan untuk tujuan pencen tidak diluluskan. Maklumat SM2 mungkin boleh diperiksa dan dibetulkan secara online tetapi Buku Perkhidmatan perlu diperiksa secara manual dan fizikal. Mereka mohon perkara ini diperjelaskan.

Pengerusi menjelaskan bahawa SM2 boleh diakses secara online tetapi Buku Perkhidmatan tidak boleh. Pihak JBNS telah menetapkan jadual kepada bakal-bakal pesara yang membolehkan mereka datang ke Ibu Pejabat untuk membuat semakan ke atas Buku Perkhidmatan mereka bagi keperluan pencen. Walau bagaimanapun, untuk case to case basis bakal pesara adalah dibenarkan untuk datang membuat semakan jika ada keperluan. ( Sila maklum bahawa ketetapan ini hanya untuk bakal pesara sahaja)

Pertukaran Gred N ke W

Bendahari Daerah Kudat mengemukakan isu pertukaran Skel N ke Skel W Encik Hussin Dato Bongsu yang mana setakat ini belum diketahui statusnya. Mohon diperjelaskan kedudukan perkara tersebut.

Penolong Bendahari Negeri (PTP) mengesahkan bahawa pihak beliau tidak ada menerima apa-apa permohonan opsyen daripada penama.



Makluman



Makluman





Makluman




PBN/PTP







Makluman


PBN/PTP


8

8.1.1


8.1.2


9

9.1.1




9.1.1

10

10.1.1


10.1.2


Jawatan N11 ke N14

Encik David Undai ingin mengetahui status permohonan beliau untuk Jawatan N11 ke N14 yang telah dikemukakan ke Bahagian Pentadiran dan Personnel tetapi sehingga kini belum ada maklum balas. Mohon diperjelaskan kedudukan perkara tesebut.

Pengerusi menjelaskan bahawa perkara ini sedang dalam tindakan di pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri dan akan memakan masa yang agak lama kerana terlalu ramai pemohon yang layak.

Pertukaran Kakitangan (Skel N) Di SGP

Pertukaran kakitangan Skel N yang membuat kerja-kerja perakaunan ke seksyen/Jabatan lain. Kakitangan di seksyen berkenaan mencadangkan supaya kerja-kerja perakaunan yang dilakukan oleh kakitangan yang berskel N ditukarkan ke seksyen/jabatan lain dan digantikan dengan kakitangan yang berskel W. Seperti yang sedia maklum kerja-kerja perakaunan ini adalah lebih sesuai untuk kakitangan yang berskel W.

Pengerusi memaklumkan bahawa perkara ini dalam pertimbangan dan akan diambil perhatian.

Kajian Semula Elaun BITK

Kakitangan JBNS yang layak mendapat Elaun BITK memohon supaya jumlah RM40.00 dapat dikaji semula yang seharusnya relevan dan bersesuaian dengan kehendak tugas perakaunan yang semakin mencabar dan bertambah.

Pengerusi memaklumkan sidang mesyuarat bahawa perkara ini adalah di luar bidang kuasa dan bukan tanggungjawab JBNS. Beliau juga menambah bahawa dasar tidak boleh diubah dan pihak JBNS harus mengikuti dasar-dasar yang telah ditetapkan.


Makluman


Makluman




Makluman




Makluman



Makluman


Makluman

11

11.1.1




11.1.2


12

12.1.1

12.1.2


13

13.1.1



13.1.2

Peperiksaan BITK Di Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Kakitangan JBNS yang membuat kerja-kerja perakaunan dan layak dibayar RM40.00 memohon supaya Kerajaan Negeri Sabah dapat melaksanakan sendiri Peperiksaan BITK yang membolehkan mereka mendapat elaun sejumlah RM40.00 lagi sebagai tambahan. Buat masa ini, peperiksaan berkenaan hanya dilaksanakan oleh Jabatan Akauntan Negara sahaja. Mohon perkara ini dikaji semula untuk pertimbangan.

Pengerusi menerangkan bahawa perkara ini adalah di luar bidang kuasa JBNS. Peperiksaan BITK telah ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan pihak JBNS hendaklah mengikuti dasar yang sedia ada.

Baju Seragam Untuk Pembersih Pejabat

Pembersih pejabat memohon supaya mereka dibekalkan dengan baju seragam. Mohon dipertimbangkan.

Pengerusi menegaskan bahawa, tidak ada peruntukan kewangan yang mencukupi untuk membekalkan pembersih pejabat pakaian seragam.

Permohonan Untuk Penambahan Pemandu Kenderaan Pejabat

Oleh kerana keperluan pemandu pejabat semakin bertambah disebabkan kerana desakan tugas ke luar pejabat dan daerah-daerah semakin meningkat, adalah dipohon supaya pemandu pejabat dapat ditambah demi untuk melicinkan perjalanan tugas-tugas yang semakin mendadak. Mohon diambil perhatian.

Pengerusi menerangkan pihak JBNS sedang menunggu waran peruntukan daripada Kementerian Kewangan.


Makluman









Makluman






PBN/PTP




14

14.1.1



14.1.2


15

15.1.1



15.1.2


16

16.1.1



16.1.2


Permohonan Untuk Penambahan Pembersih Pejabat

Untuk makluman, tugas-tugas membersih pejabat hanya dikendalikan oleh dua orang pembersih pejabat yang sedia ada. Beban tugas yang semakin meningkat menyebabkan kerja-kerja pembersihan tidak dapat dilaksanakan setiap hari di semua seksyen JBNS.

Pengerusi mengarahkan Penolong Bendahari Negeri (PTP) supaya memaklumkan kepada pembersih pejabat mengenai perkara ini.

Pemberhentian Bayaran Impress

Kakitangan JBNS yang sentiasa terlibat dengan kerja-kerja keluar daerah memohon penjelasan mengenai bayaran Impress yang telah dihentikan sebagai makluman kepada semua warga JBNS. Perkara ini menyebabkan ramai kakitangan yang menghadapi masalah untuk mendapatkan wang pendahuluan bila hendak melakukan kerja-kerja luar daerah. Mohon penjelasan.

Pengerusi mengarahkan supaya kakitangan terlibat akan memohon Pendahuluan Diri untuk menangani masalah tersebut kerana ianya bersesuaian dengan Arahan Perbendaharaan yang sedia ada.

Pegawai Berjawatan Skel W Ditugaskan Di Unit Yang Tidak Berkaitan Dengan Perakaunan

Beberapa orang pegawai yang berjawatan Skel W memohon supaya mereka ditugaskan untuk membuat kerja-kerja perakaunan dan bukan disebaliknya. Perkara ini amat membimbangkan di kalangan mereka dan dikemukakan untuk perhatian pihak pengurusan bagi mengelakkan berlakunya 'skill negligence' di kalangan kakitangan yang terlibat. Mohon diambil perhatian.

Pengerusi menerangkan bahawa semua tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada pegawai berskel W adalah berkaitan dengan kerja-kerja perakaunan.





PBN/PTP




Makluman








Makluman




17

17.1.1



17.1.2


Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan JBNS

Untuk makluman, tugas-tugas membersih pejabat hanya dikendalikan oleh dua orang pembersih pejabat yang sedia ada. Beban tugas yang semakin meningkat menyebabkan kerja-kerja pembersihan tidak dapat dilaksanakan setiap hari di semua seksyen JBNS.

Pengerusi mengarahkan Penolong Bendahari Negeri (PTP) supaya memaklumkan kepada pembersih pejabat mengenai perkara ini.


Makluman





TAHUN 2010

BIL ISU YANG DIKEMUKAKAN KEPADA PIHAK PENGURUSAN HASIL DARIPADA PERBINCANGAN DENGAN PIHAK PENGURUSAN
1 MBJ Pihak Pekerja memohon maklum balas daripada Pihak Pengurusan mengenai perkembangan terkini kakitangan gred 17-22 yang telah disenaraikan jabatan untuk
syor KUP tetapi belum mendapat sebarang makluman atau jawapan
Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa syor kenaikan pangkat KUP telah dikemukakan kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN). Setakat ini, seramai sembilan (9) orang gred N17 telah pun berjaya didalam syor KUP ke gred N22. Bagi gred W Pihak Pengurusan tiada maklumat terkini daripada pihak SPAN dan Pihak Pengurusan masih menunggu jawapan daripada pihak SPAN mengenai kedudukan gred W tersebut.
2 MBJ Pihak Pekerja mencadangkan agar alat penghawa dingin di Ibu Pejabat dan
juga di Pejabat Bendahari Daerah dapat diselia setahun sekali.
Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa penyeliaan penghawa dingin adalah berdasarkan keperluan. Bahagian Pengurusan Bendahari Daerah dan Kewangan pernah mengemukakan kepada kontraktor untuk sebutharga bagi menyelia penghawa dingin berjadual, namun sebutharga tersebut adalah amat tinggi dan tidak sesuai. Pihak Pengurusan mengambil perhatian akan perkara ini.
3 Kelengkapan pejabat yang diletakkan di ruang legar pejabat mencacatkan
pemandangan dan dikhuatiri boleh menjadi sarang tikus atau ular. Cadangan agar pelaksanaan hapus kira kelengkapan pejabat yang tidak digunakan lagi dapat dijalankan.
Pihak Pengurusan mengambil perhatian mengenai perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya.
4 MBJ Pihak Pekerja memohon kepada Pihak Pengurusan agar smart card
kakitangan yang telah usang dapat ditukar baru. Perkara ini disebabkan Smart Card yang usang ini kadangkala tidak dapat dikesan oleh mesin kehadiran elektronik.
Pihak Pengurusan menyatakan kakitangan yang memiliki Smart Card yang telah usang perlu dikenalpasti untuk tujuan penggantian kad baru tersebut.
5 Kakitangan di Seksyen Pentadbiran dan Rekod memohon agar alat penghawa
dingin dapat dipasangkan.
Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa perkara ini telah diambil tindakan.
Seksyen Pentadbiran dan Rekod telah memohon sebanyak tujuh (7) buah
alat penghawa dingin daripada Bahagian Pengurusan Bendahari Daerah dan
Kewangan. Tindakan seterusnya akan diambil oleh Jabatan Kerja Raya.
6 MBJ Pihak Pekerja mencadangkan agar dua anugerah dapat diwujudkan iaitu
Anugerah Seksyen Terbaik dan Anugerah Pengurusan Perakaunan Terbaik di Pejabat Akauntan Gunasama dan JMS.
Pihak Pengurusan tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan anugerah pengurusan akauntan terbaik. Sebaliknya Pihak Pengurusan mengambil perhatian akan cadangkan untuk mewujudkan anugerah seksyen terbaik.
7 MBJ Pihak Pekerja memohon kepada Pihak Pengurusan untuk penukaran papan kenyataan di ruang legar diluar Seksyen Pentadbiran dan Rekod yang usang dan rosak diganti dengan yang baru. Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa perkara ini telah diambil tindakan. Sebutharga telah diperolehi dan kesesuaian papan kenyataan ini masih lagi
dikaji.
8 Bulb lampu di kawasan ruang legar JBNS ada yang telah rosak. Keadaan ini boleh membahayakan kakitangan JBNS yang bekerja lebih masa pada waktu malam kerana ruang legar yang gelap. Pihak Pengurusan mengambil perhatian perkara ini dan akan mengambil tindakan yang sesuai.
9 MBJ Pihak Pekerja memohon kepada Pihak Pengurusan agar jabatan dapat
membeli water dispenser filter untuk penyimpanan di Unit Stor. Unit Stor boleh
menukar sendiri filter tersebut tanpa melibatkan syarikat luar.
Pihak Pengurusan bersetuju jabatan akan membeli filter tersebut dan
disimpan Unit Stor.

 

TAHUN 2009

BIL ISU YANG DIKEMUKAKAN KEPADA PIHAK PENGURUSAN HASIL DARIPADA PERBINCANGAN MBJ PIHAK PEKERJA DENGAN PIHAK PENGURUSAN
1 Penubuhan Semula Kelab Kebajikan, Rekreasi dan Sukan Jabatan. Pengurusan mencadangkan agar perbincangan dengan pihak ROS terlebih dahulu untuk sebarang nasihat dan pendapat jika kelab baru jabatan hendak ditubuhkan kembali.
2 Masalah berkaitan dengan tikus dan anai-anai dalam pejabat. Perkara ini telah diambil perhatian oleh Pihak Pengurusan.
3 Kebersihan dan keceriaan Jabatan. Pejabat Bendahari Daerah perlulah dibekalkan dengan gambar Y.D.P Agong, Perdana Menteri dan Ketua Menteri. Perkara ini telah dipersetujui oleh MBJ Pihak Pengurusan, sehubungan itu Bahagian Pengurusan Bendahari Daeraha Dan Kewangan akan membekalkan gambar-gambar tersebut.
4 Cadangan untuk memberi Kad Elektronik kepada setiap Pejabat Bendahari Daerah bagi memudahkan urusan mereka di Ibu Pejabat. Setiap BD dicadangkan mendapat satu kad tersebut. Pihak Pengurusan tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Namun, Pihak Pengurusan bersetuju menyediakan kad elektronik umum sebanyak enam buah sahaja. Pejabat BD perlu melapor diri dengan Puan Dayang Maznah untuk mendapat kad tersebut setiap kali berurusan di Ibu Pejabat.
5 Cadangan lawatan diantara Pejabat Bendahari Daerah ke Pejabat Bendahari Daerah yang lain untuk tujuan penambaikan perkhidmatan. MBJ Pihak Pengurusan bersetuju untuk mewujudkan Anugerah PBD contoh dan seterusnya memberi Rating kepada setiap
PBD. PBD contoh ini akan dijalankan pada tahun 2010.
6 Memohon untuk membesarkan ruang Pejabat Bendahari Daerah Kunak. Ruang pejabat BD kunak sangat kecil. MBJ Pihak Pengurusan membuat keputusan agar Pejabat Bendahari Daerah Kunak menyediakan pelan dan seterusnya memohon secara bertulis kepada JKR Kunak.
7 Memohon agar Pihak Pengurusan dapat memberi penjelasan kepada semua kakitangan berkenaan syarat-syarat untuk semua skim jawatan mengenai kenaikan pangkat. Pihak Pengurusan memaklumkan
bahawa syarat-syarat untuk semua skim jawatan mengenai kenaikan pangkat ialah:- (1) markah prestasi adalah 80% keatas untuk tiga tahun berturut-turut; (2) lulus peperiksaan PTK; (3) tidak mempunyai tindakan Tatatertib; (4) tidak mempunyai
hutang berat; dan terakhir (5) diperakukan oleh ketua jabatan. Bagi jawatan N1/R1, tidak ada PTK untuk diambil. Namun demikian perkara ini adalah terpulang kepada ketua jabatan.
8 Memohon agar salinan baucar pembayaran dapat diserahkan kepada penuntut. Perkara ini dipersetujui oleh Pihak Pengurusan.
9 Memohon agar kadar tambang teksi yang sedang dikaji disegerakan. Perkara ini telah diambil tindakan.
10 Masalah penghantaran FTP, memohon agar talian internet sendiri (Streamyx) yang dicadangkan kepada Pejabat Daerah dapat disegerakan. Pihak Pengurusan menyatakan Streamyx tidak akan dipasang kerana talian internet mesti melalui Pejabat Daerah. Perkara ini masih menunggu maklum balas daripada JPKN.
11 Cadangan agar dapat dibekalkan tiga buah komputer kepada setiap Pejabat Bendahari Daerah. Dua buah komputer yang dibekalkan kepada Bendahari Daerah tidak dapat meningkatkan perkhidmatan Pejabat tersebut. Perkara ini telah dipersetujui.
12 Berkenaan tempat letak kenderaan kakitangan diluar kawasan Bangunan
Wisma Kewangan. MBJ Pihak Pekerja mencadangkan agar pengawal keselamatan yang menjaga tempat letak kenderaan di dalam bangunan Wisma Kewangan dapat melawat tempat letak kenderaan diluar tersebut sekali dalam sejam.
Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa tempat letak kenderaan tersebut merupakan di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Maka cadangan MBJ Pihak Pekerja tersebut tidak dapat
dilakukan. Masalah ini akan dapat diselesaikan apabila tempat letak kenderaan sementara yang bakal
disediakan di tapak lama Jabatan Tanah Ukur disiapkan kelak. Senarai nama kakitangan telah diserahkan kepada MOF untuk meletakkan kenderaan di kawasan tersebut.