This template created and design by Shahrom bin Yusop @ Ahchong SSL2014JBNS@22263@008 Copyright © 2014

Help by Klarita Domian W0122

Tema
Tarikh:
Masa:

 


SISTEM BUKU VOT DAN BAUCER BAYARAN BERSEPADU (SISVOT)

Sistem Buku Vot dan Baucer Bayaran Bersepadu (SISVOT) merupakan sistem perakaunan berkomputer yang mengendalikan aktiviti-aktiviti perakaunan yang seperti berikut:-

  • Penyelenggaraan buku vot;
  • Penyediaan baucer bayaran;
  • Penyediaan baucer jernal dan
  • Pengurusan dan pengawalan peruntukan

Antara lain objektif sistem tersebut dibangunkan ialah untuk memodenkan pengurusan buku vot dan penyediaan baucer bayaran dari cara manual kepada cara berkomputer untuk menghasilkan kerja yang lebih cekap, berkesan dan produktif.

Sistem SISVOT mula dilaksanakan pada 14 Mac 1998 dengan versi permulaan, SISVOT 1.0 yang dikuatkuasakan penggunaannya melalui surat pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah, PBNS Bil. 8/1998 (Ruj: JBN. No. A/4405/108) bertarikh 14 Mac 1998.

Sistem tersebut kemudiannya dikemaskini dan diperbaiki dengan versi yang baru iaitu SISVOT 2003 versi 2.0 (SISVOT03) yang mula dilaksanakan pada 25 April, 2003 melalui surat pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah, PBNS Bil. 2/2003 (Ruj: JBN No. (A )100-43/4405/(2-3)). Pengemaskinian ini bagi membolehkan sistem tersebut menyediakan satu baucer untuk banyak cek.

Pada akhir tahun 2007, sekali lagi sistem tersebut (SISVOT08) diperbaiki dan dikemaskini bagi memenuhi keperluan sistem kod perakaunan yang baru iaitu Sistem Belanjawan Diubahsuai (SBD) atau Modified Budgeting System (MBS) yang mempunyai 31 digit kod akaun. Penguatkuasaan penggunaan kod sistem perakaunan yang baru tersebut dibuat melalui surat pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah, PBNS Bil. 12/2007 (Ruj: JBN No. (A)400-0/4409/73) bertarikh 4 Oktober, 2007. Selaras dengan surat pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah, PBNS Bil.11/2008 (Ruj: JBNS (D)NO:100-7/4324 Klt.18/(245)) bertarikh 20 Oktober, 2008 mengenai penguatkuasaan dua pegawai yang meluluskan baucer iaitu peraku I dan peraku II, yang juga melibatkan proses memarap (initial) baucer pada buku vot menyebabkan SISVOT08 perlu dikemaskini bagi memenuhi keperluan tersebut.

Pada awal tahun 2010, SISVOT10 diperkenalkan selaras dengan perubahan terkini mengenai proses perubahan maklumat nama penerima bayaran seperti yang digariskan dalam surat pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah, PBNS Bil. 1/2010 (Ruj: JBNS No. A/100-4/345 Klt.6/(63)) bertarikh 18 Januari, 2010. Perubahan terkini yang melibatkan peningkatan tahap keselamatan data dan maklumat SISVOT telah dibuat dalam bulan Jun 2010 (New SISVOT Versi Jun, 2010). Pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah, PBNS Bil. 5/2010 (Ruj. JBNS NO.(A)100-44/4405/1/112 bertarikh 17 Mei, 2010) juga telah dikeluarkan sebagai garis panduan yang melibatkan perubahan tersebut.

SISTEM KEWANGAN BENDAHARI DAERAH (SISWANG)

Sistem Kewangan Bendahari Daerah (SISWANG) merupakan sistem perakaunan berkomputer yang telah dibangunkan khas untuk kegunaan di Pejabat-Pejabat Bendahari Daerah di seluruh negeri Sabah. Sistem tersebut mula dibangunkan pada tahun 1999 secara berperingkat-peringkat bermula dengan ujian sistem secara 'larian selari' (parallel run) di tiga buah pejabat Bendahari Daerah iaitu Papar, Kota Belud dan Penampang. Sistem tersebut dilaksanakan sepenuhnya di semua pejabat Bendahari Daerah dalam tahun 2005 melalui surat pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah, PBNS Bil. 8/2005 (ruj. JBN No. (A)100-43/4405/05) bertarikh 8 Januari 2005.

Anatara lain objektif sistem tersebut dibangunkan ialah untuk memodenkan sistem perakaunan Pejabat Bendahari Daerah dari cara manual kepada sistem berkomputer. Fungsi SISWANG adalah meliputi aktiviti-aktiviti seperti berikut:-

  • Mendaftar baucer-baucer bayaran yang diterima daripada sistem SISVOT melalui penghantaran data menggunakan disket;
  • Mengeluarkan cek bayaran berkomputer untuk baucer-baucer bayaran yang telah diluluskan;
  • Mengeluarkan resit berkomputer bagi hasil-hasil yang dikutip oleh pemungut hasil di daerah;
  • Menjana buku tunai pembayaran dan buku tunai terimaan;
  • Melaksanakan penutupan akaun harian, bulanan dan tahunan, dan
  • Membantu menyediakan penyata penyesuaian bank.

E-BAYARAN (E-PAYMENT) MELALUI PROSES E-BANKING

E-Bayaran merupakan satu sistem perakaunan yang terbaru yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah di mana proses tersebut melibatkan sistem internet dan bayaran dibuat melalui proses e-banking atau perbankan internet. Antara lain objektif sistem ini dilaksanakan ialah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam mengurus kewangan dan perakaunan Kerajaan Negeri, d mana e-bayaran ini merupakan proses bayaran melalui pemindahan dana secara elektronik (electronic fund transfer - EFT) yang telah terbukti lebih cekap, cepat dan berkesan.

Sistem ini juga dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sebagai permulaan sistem E-Bayaran ini dilaksanakan bagi pembayaraan kepada kakitangan awam negeri sahaja yang telah dikuatkuasakan melalui surat pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah, PBNS bil. 9/2005 (ruj. JBN No. (A)100-0/3585/B/JLD.1/200) bertarikh 17 Oktober, 2005 dan PBNS bil. 6/2006 (ruj. JBN No. (A)100-0/3585/JLD.1/152) bertarikh 19 Jun, 2006.

Sistem e-Bayaran ini pula diperluaskan skopnya meliputi pembayaran geran dan pinjaman kerajaan negeri yang mana perlaksanaannya telah dikuatkuasakan melalui surat pekeliling Jabatan Bendahari Negeri Sabah, PBNS bil. 11/2007 (ruj. JBN No. (A)400-02146/A/KLT.3/ (02)) bertarikh 8 Oktober, 2007

Kalendar

Carian

Hubungi Kami

Alamat surat-menyurat:
Jabatan Bendahari Negeri Sabah,
Wisma Kewangan,
Beg Berkunci No. 2058,
88595 Kota Kinabalu, Sabah.
Faks: 088-212655

KBNS / MBJ

KBNS

Jun 2015

Buletin Kelab Bendahari Negeri Sabah boleh dimuat turun -->Muat Turun Buletin KBNS <--

Ogos 2015

Perlembagaan Kelab Bendahari Negeri Sabah boleh dimuat turun -->Muat Turun Perlembagaan KBNS <--

Jumlah Pelawat

8.png2.png8.png0.png3.png
2017-11-21

Kemaskini terakhir:

30 November 2017

This template created and design by Shahrom bin Yusop SSL2014JBNS Copyright © 2014

This template created and design by Shahrom bin Yusop @ Ahchong SSL2014JBNS@22263@008 Copyright © 2014