Objektif & Polisi Kualiti


OBJEKTIF KUALITI JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH

  • Sekurang-kurangnya 95% daripada baucar bayaran yang diterima dan didapati lengkap dan teratur akan diproses dalam tempoh 4 hari bekerja kecuali bagi bulan Disember dan Januari tahun berikutnya.
  • 100% baucar bayaran yang lulus dan teratur dibayar dalam masa 1 hari bekerja.
  • Akaun Bulanan ditutup pada minggu ke empat (4) bulan berikutnya kecuali penutupan akaun bagi bulan Januari.
  • Lejar bulanan dikeluarkan 4 hari bekerja selepas Akaun Bulanan ditutup.
  • Akaun Tahunan ditutup tidak lewat daripada Februari tahun berikutnya.
  • Mengemukakan Penyata Akaun Awam kepada Jabatan Audit Negara sebelum 31 Mei.
  • Mengemukakan Penyata Akaun Awam kepada Jabatan Cetak Kerajaan untuk dibukukan selepas "Audit Exit Conference" dan Sijil Audit Negara diterima daripada Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan.
  • 100% bayaran saraan bulanan yang lengkap dan teratur mengikut Pekeliling Jadual Bayaran Saraan.
  • 70% anggota hendaklah diberi latihan sekurang-kurangnya 2 hari dalam masa setahun.
  • Prestasi pembekal akan dinilai setiap setengah tahun.
  • Perkhidmatan penyelenggaraan dan pemeriksaan komputer dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan dalam perjanjian.
  • 100% permintaan fail dapat dibekalkan pada hari yang sama sekiranya ada dalam simpanan.

POLISI KUALITI JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH

  • Jabatan Bendahari Negeri Sabah adalah komited untuk mencapai kepastian kualiti Pengurusan Penyediaan Penyata Akaun Awam dikeluarkan tepat pada masanya serta memberi gambaran benar dan saksama.
  • Pembayaran Perbelanjaan Awam adalah teratur dan menepati keperluan Piagam Pelanggan dan Objektif Kualiti JBNS.
  • Kepastian Kualiti ini akan dilaksanakan melalui pematuhan terhadap Sistem Pengurusan Kualiti MS-ISO 9001:2008 yang disemak dari masa ke semasa.
  • Pihak Pengurusan JBNS adalah komited dalam memastikan Polisi Kualiti ini dipatuhi melalui hebahan kepada setiap peringkat pengurusan jabatan dan akan disemak kesesuaiannya pada setiap Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan.